FOTO : Carian Google
#Entri 6
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera...
Soalan yang sering saya terima daripada sahabat-sahabat yang teringin untuk mengajar hometuition tapi masih takut-takut ialah :
Saya boleh mengajar subjek apa?
Sahabat, cuba ingat balik apa yang pernah kita belajar di sekolah di kolej dan universiti. Adakah kita belajar sesuatu yang jauh berbeza daripada yang pernah kita belajar di sekolah? Semestinya jawapannya tidak. Kerana di kolej atau universiti, kita tetap belajar Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik. Dan subjek-subjek tambahan yang lain.
Nah, itulah jawapannya.
Dan suka saya mahu ingatkan di sini, kalau tak yakin, mulakan dengan menumpukan pada subjek sekolah rendah.
Tapi, saya memang tak suka subjek matematik. Masa sekolah saya tiru kawan. Hmm, kalau macam tu, sila tanya diri sendiri, saya suka subjek apa ya?
Mesti anda tahu jawapannya.
Seorang sahabat pernah menghubungi saya, beliau seorang pelajar bidang agama dan sangat minat berniaga. Saya mendapat tahu beliau pernah buka gerai masak nasi kerabu semasa menuntut di universiti (kalau tak silap saya, USIM). Bila tamat belajar, beliau menjadi cikgu tadika, atau mungkin ustazah di sebuah tadika. Alhamdulillah, satu tugas yang sangat mencabar saya rasa. *Sebab saya sendiri bukan penyabar orangnya*
Saya tawarkan padanya kelas 5 kali seminggu dua jam sehari dengan bayaran lebih RM1 +++ sebulan. Ya, satu ribu lebih sebulan. Dekat sangat dengan rumah kami. Saya memang sudah ada jadual yang agak padat pada waktu itu, dan gaji saya pun tak sebanyak kelas yang saya tawarkan tu. Tapi, dia menolak. Katanya : Saya tak tahu nak mengajar apa... Maka, tutup kes.
Kesimpulannya, keyakinan diri sangat penting dan anda mesti kenal diri anda sebelum mengenal klien (ibubapa) dan anak didik anda. Sebelum memulakan langkah perwaja anda, yakinkan diri, tekadkan di dalam hati anda mampu ajar subjek ini.
Sekarang, ramai orang cari ustazah untuk mengajar mengaji di rumah. Anda ada latar belakang agama, jadi inilah masanya anda amalkan apa yang pernah anda belajar. Semoga ini juga menjadi saham kita di Akhirat kelak. Mengajar mendidik anak-anak syurga.
Di sini suka untuk saya kongsikan subjek yang paling TOP dalam pengajaran hometuisyen ini:
1) Mengaji Al-Qur'an + Tajwid
2) Matematik
3) Sains
4) Bahasa Inggeris
Anda mampu melakukanya. Yakinlah. Semoga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment