FOTO : Carian Google
Pernah satu ketika semasa di awal-awal saya terlibat dalam 'hometutoring' saya pergi ke rumah pelajar tanpa sebarang persediaan. Saya fikir, mungkin saya masih ingat tajuk SPM. Saya mengajar tuisyen untuk subjek matematik. Wah terasa bangga sangat bila boleh buat pelajar faham konsep mengikut apa yang kita tahu dan belajar selama ini. Terutama sekali jika tanpa rujuk buku. Saya tak tahu kenapa saya cukup 'gemar' pergi ke kelas tanpa persediaan. Saya rasa itu adalah satu cabaran. Sejak dulu saya suka mencabar kebolehan berfikir. Okey, sahabat semua DILARANG MENIRU yang perbuatan saya ini. Dan akhirnya saya tewas jua. Ada juga rupanya tajuk yang tak tersimpan kemas dalam minda saya. Poin penting ialah sila buat persediaan awal!
Tetapi, apa yang saya buat? Okey, ini yang ingin saya kongsi kepada bakal 'hometutor' sahabat saya, apabila kita buntu, jangan menampakkan diri anda ''hey, saya buntu dan tak tahu!'' tapi tunjukkan bahawa, ''oh ya, tajuk sangat best, tapi hari ni, saya nak tekankan tajuk yang satu lagi, next class kita belajar yang ini ya.''
Ada satu pengalaman menarik semasa saya mengajar seorang pelajar Tahun 5 yang sangat bijak. Dia menggunakan teknik darab dalam kotak-kotak. Saya sudah tercengang-cengang. ''Eheh, ni teknik apa lagi la ni? Mokhdar aku tahu lah". Tapi saya perhatikan sahaja. Ini kaedahnya.
Oh, kaedah kesisi rupa-rupa namanya. Dan serius, itu pertama kali saya jumpa. Rasa nak bantai gelak pada diri sendiri. Sekarang, saya dah tahu dan mahir menggunakan teknik ini. Tapi, buat pelajar saya, saya lagi suka gunakan kaedah lama, yang ini boleh guna tapi saya lebih tekankan penggunaan kaedah lama melainkan cikgu di sekolah sememangnya menggunakan teknik ini.
Kita kena ingat ya sahabat sekalian, walau apa pun kaedah kita guna, kita MESTI ikut kaedah yang cikgu di sekolah guna. Oleh sebab itu, kita kena tahu pelbagai kaedah pembelajaran.
Lagi satu, kaedah menghafal menggunakan teknik MOKHDAR.
Teknik ini agak ekslusif. Kenapa saya katakan sedemikian? Kerana hanya orang yang pergi ke seminar Mokhdar sahaja tahu teknik ini. Macam teknik jampi serapah bahasa matematik. Sungguh menarik untuk dipelajari. Kalau sahabat berminat untuk menumpukan pada subjek matematik, cubalah sertai mereka. Sungguh menarik!
Bagi matematik sekolah menengah, sebenarnya sangat banyak kaedah pengiraan. Tetapi saya lebih gemar kepada kaedah memahamkan konsep. Hal ini kerana, apabila pelajar faham konsep, datanglah sepayah mana pun soalan, dia akan mendapat gambaran apa yang soalan itu inginkan. Terutama sekali, sukatan terbaru hari ini menekankan konsep KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Kadang-kadang jawapan memang sudah sedia ada, tapi pelajar cuma nampak ''matematik mesti kena tekan kalkulator.''
Dan tekankan kepada pelajar, jangan terlalu bergantung pada kalkulator. Ingat kalkulator hanya sebagai pembantu sahaja.
Kerana, apabila terlalu bergantung dan mengharapkan en.kalkulator, 2x2 pun pelajar tekan en.kalkulator.
Pendek kata, selagi kita hidup selagi itulah sesi pembelajaran akan berterusan ya. Tak salah belajar dari pelajar, jangan sombong untuk mengakui kesilapan sendiri tapi harus pandai menjaga aib diri. Sebab itulah saya tegaskan di atas tadi, jangan kata kita taktahu tapi lebih elok berdiplomasi. Kerana pelajar hari ini bukan macam pelajar zaman dahulu, setiap ucapan yang keluar dari mulut kita, memang akan digunakan untuk mengenakan kita semula. Sebab bagi mereka, cikgu adalah seperti rakan mereka. Tak salah menjadi rakan tapi biar tahu batasan rakan sebaya dengan rakan tak berapa baya ya. Okey, semoga entri ini bermanfaat untuk semua.
No comments:
Post a Comment