FOTO : Carian Google
#Entri 20
Mutakhir ini, bidang tuisyen bagaikan sudah menjadi sebahagian daripada perkara wajib dalam kehidupan pelajar. Bezanya cuma sama ada tuisyen di sekolah atau di pusat-pusat tuisyen atau bersama cikgu peribadi atau disebut sebagai 'tutor'. Saya yakin, dalam kalangan kita yang berminat untuk mengajar secara separuh masa atau sepenuh masa ini mesti masih terfikir kukuhkah bidang ini? Boleh ke bertahan lama? Kalau setakat mengajar dua tiga bulan saja, baik kerja lain saja.
Agaknya, kenapa ibubapa perlu mendapatkan tuisyen untuk anak mereka sedangkan mereka ibu bapa hebat, yang bekerja sebagai doktor, jurutera dan sebagainya.
Jom kita kaji apa sebabnya para pelajar perlu tuisyen.
- Masa belajar yang terhad di sekolah.
- Guru sekolah banyak kerja dan selalu bermesyuarat.
- Tidak sempat mencerap di dalam kelas, cikgu ajar terlalu laju
- Belajar di saat akhir, kena ada latihan tambahan.
- Jenis di rumah tidak suka belajar, lebih suka belajar bersama rakan-rakan.
- Lebih terdedah dengan pelbagai teknik dan soalan-soalan.
*last minute
Mari kita tengok pula kenapa pelajar hari ini perlukan tutor.
- Mahukan kawan tetapi kawan yang boleh mengajar mereka bukan mengejek.
- Minat belajar tetapi di sekolah atau pusat tuisyen, cikgu terlalu laju dan rakan lain semua faham kecuali dia.
- Ibu ayah tekankan : Jadi pelajar pintar walau apa pun cara, jangan malukan kami.
- Suka jadi bijak tiba-tiba, nanti kalau ada kawan hairan, ''eh kenapa keputusan awak sangat gempak?'' Dia boleh tersenyum lebar. *Jarang-jarang berlaku.
- Gemar belajar berkumpulan bersama kawan-kawan yang dikatakan 'sekepala' tapi dengan tunjuk ajar. *Kebanyakan situasi yang saya jumpa.
Daripada pemerhatian saya, ibu bapa pula mahu anak mempunyai tutor kerana mahu anak-anak ada aktiviti berfaedah selain menonton televisyen dan bermain gajet. Selain itu mereka boleh kenal tutor anak mereka melalui penilaian mata mereka. Oleh sebab itulah, 'first-session' yang paling penting. Ibu bapa akan menilai kita, kewibawaan kita dan keyakinan kita terhadap bidang ini. Semoga sahabat semua yakin dengan diri sendiri dan mampu meengajar dengan ikhlas ya. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment