Thursday, 15 October 2015

SALAM PERKENALAN

TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 1


Assalamualaikum wbt.
Selangkah kita ke tahun baru 1437H. Salam perkenalan buat warga ABDR. Di sini untuk tugasan pertama, sukacita saya ingin memperkenalkan siapa diri saya.
Nama diberi ialah Faizah bt Yusoff. Simple name and also a simple person. Saya dilahirkan pada 9 Disember 1989 dan berasal dari Bachok, Kelantan. Telah menyambung pelajaran peringkat menegah di Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu dari tahun 2002 hingga 2007 sebelum menyambung pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang. Saya telah mendapat pendidikan peringkat ijazah dari Universiti Utara Malaysia dalam bidang yang Sains Pengurusan Perniagaantani. 

3 Disember 2013

Setelah tamat pengajian pada akhir tahun 2013, saya mula berjinak-jinak dengan kursus membina nama dalam bidang hometuition. Kisah perjalanan saya bermula apabila seorang sahabat baik saya, bakal cikgu (masa tu beliau tengah tunggu posting cikgu) ajak saya menemani beliau untuk ke kelas mudahnya tajwid. 
Tanpa disangka, rupa-rupanya kelas tajwid yang kami daftar tu sebenarnya bersama pakej pengenalan 'hometuition' di tempat kami iaitu di Kota Bharu. Kira 2 in 1 la saya join kursus tu. Sejujurnya, saya tak pernah tahu pun kewujudan hometuition ni. Saya memang pernah menghadiri tuisyen tapi sebagai pelajar pusat tuisyen je lah. Sebab sejak sekolah saya bukan jenis belajar kat rumah, bagi saya kat rumah ialah tempat rehat. Saya akan belajar dan siapkan semua kerja sekolah hanya di sekolah.
Bermula detik itu, saya mula mengenali hometuition. Rupa-rupanya saya ni agak ketinggalan. Dalam kursus hometuition tu dijelaskan di bandar-bandar besar, hometuition ni sudah menjadi 'trend' dek kerana kesuntukan masa mak ayah yang bekerja, tak sempat hantar anak-anak belajar ke pusat tuisyen.
Selain itu, ibu ayah sekarang juga lebih gemar kenal sendiri cikgu yang akan mengajar anak mereka dan boleh tanya secara direct dengan cikgu berkenaan perkembangan anak-anak mereka. Biasanya orang yang menggunakan khidmat hometuition ini anaknya mungkin mempunyai isu tumpuan atau kurang perhatian. Tapi tak kurang yang gemarkan situasi anak-anak belajar di rumah dengan panduan 'personal tutor'.
Oh ya, semasa masih menutut di universiti, apabila balik cuti semester, saya memang selalu mengajar di kelas qiraati berdekatan dengan rumah saya. Mungkin tanpa saya sedar minat mengajar tu terpupuk di hati. Hal ini saya katakan sedemikian kerana saya tak pernah terfikir untuk sambung belajar dalam bidang pendidikan dahulu. Saya cuma fikir saya nak belajar setinggi mungkin. Kepuasan memberi penerangan sampai orang lain faham tu bagaikan satu kegembiraan yang tak terucap.
Saya mulakan perjalanan sebagai hometutor dengan mengajar subjek matematik untuk SPM dan UPSR. Saya menyertai sebuah syarikat hometuition dan terus mendapat pelajar pada bulan Januari 2014. Dan alhamdulillah saya masih mengajar pelajar pertama saya ini sampai sekarang. Ibu ayah mereka masih berpuas hati dengan khidmat ini sampai sekarang.
Selepas itu, saya mula mendapat kelas-kelas lain dengan mengajar subjek Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Alhamdulillah. Bahkan ada pula yang sanggup datang ke rumah untuk saya ajarkan anak mereka. Subhanallah rezeki Allah hadir tanpa saya sangka dan jangka. Asalkan kita ikhlas Insya'allah.
Disamping itu, saya juga turut berminat dengan barangan sunnah seperti habbatussauda, minyak zaitun, gam arab dan kismis. Saya turut menjual secara kecil-kecilan secara dropship. Alhamdulillah walaupun tak hebat sangat tapi saya sangat puas hati kerana dapat bantu orang yang kesusahan. Selain itu saya turut membuat bisnes tepung kek segera bersama dua rakan secara suka-suka. Sambil bantu rakan sambil jana pendapatan alhamdulillah.

BEKERJA DARI HATI

Baiklah, biasanya bidang cikgu cikgi ni tak dapat dipisahkan dengan buku-buku ya. Tapi secara jujurnya saya bukanlah penggemar tegar buku. Novel yang saya baca pun kadang-kadang'skip2' jer. Sebabnya, saya sukakan sesuatu yang logik dan dapat diterima akal. Novel biasanya sebuah cerita khayalan. Tapi novel berbentuk sirah dan sejarah saya agak suka dan turut mempunyai beberapa koleksi tulisan Abdul Latip Talib.
Bagi saya, selagi kita semua punyai pendapatan dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik dan berguna untuk orang lain, janganlah anggap diri kita sebagai penganggur. Ramai graduan hari ini menaganggur kerana hanya mengharapkan kerja dan gaji orang bagi. Kenapa tidak kita bina sendiri langkah kita dalam apa jua bidang yang kita cintai. Betul bukan mudah untuk jadi mudah. Di situlah letaknya manis berusaha. Baiklah dalam entri seterusnya saya akan berkongsi cerita dan cara penjenamaan diri dalam bidang ini Insya'allah.Semoga kita semua istiqamah dalam melakukan apa jua kebaikan ya. Salam perkenalan dari saya yang bernama izah.
ASSALAMUALAIKUM WBT.

No comments:

Post a Comment

Gambar- Gambar Kelas 2024

  kelas di pusat tuisyen. open air class (kat kampung). Antara gambar yang sy simpan.Latest picture in 2024. Kisah bermula semasa PKP 2021, ...