TEKS : Faizah Yusoff
Hujan turun sejak semalam. Kelas saya pun dah tertangguh-tangguh dek kerana hujan. Sebabnya, ya lah semua berebut nak guna kereta. Nampaknya kena beli kereta baru lah, baru selesai masalah. Alhamdulillah masalah selesai bila mana kelas boleh diganti keesokannya. Saya lega sebab tak perlu 'burn' kelas macam itu sahaja. Sebenarnya, bila memikirkan sekarang pelajar sedang menduduki peperiksaan, serasa saya nak ajar sebanyak mungkin, nak anak pelajar saya ulangkaji sehabis tajuk supaya bolehlah mereka jawab kertas peperiksaan dengan tenang nanti.
Bila mengingatkan hujan sebegini, saya terasa nak buat kelas online. Sebenarnya sebuah 'group whatssapp' sudah saya wujudkan untuk pelajar spm. Tapi kebanyakan pelajar saya ini agak sibuk. Bila saya berkongsi tips atau kaedah menjawab mereka hanya berterima kasih. Sedangkan saya mahu mereka lebih kepada berbincang soalan di dalam group berkenaan. Bila nak tanya soalan, mereka mulalah 'private messege' takmahu tanya dalam group. Jenuh saya menegur, tapi tetap sama. Bila ulangkaji matematik, mereka mula tanya saya 'direct'. Katanya taknak ganggu ahli kumpulan lain belajar subjek lain. Akhirnya, boleh lah saya katakan 'study group online' ini tidak berjaya.
Tapi saya nak juga bercerita di sini, mungkin sahabat boleh memancing idea di minda masing-masing bagaimana harus diatur jika mahu wujudkan kelas pembelajaran secara atas talian. Sungguh saya berminat tapi saya memang kurang arif tentang teknologi. Apa yang saya tahu cuma sekadar asas. Ya lah, walaupun menuntut di UUM sahaja, dulu saya pernah juga 'fefeling' semacam berada di luar negara ber'skype' dengan ibu ayah di rumah. Sungguh kelakar. Saya skype dengan kakak di KL dan ibu di rumah. Memang terasa macam belajar 'oversea'.
Saya pernah terfikir untuk wujudkan komuniti untuk berkongsi tips matematik semua, tapi masih terbengkalai memandangkan kaedah pembelajaran yang saya gunakan untuk memahamkan pelajar saya masih dalam proses 'pembinaan' nak bagi lagi kemas. Oleh sebab itulah juga, blog ini masih kurang pengisian tentang tips dan kaedah cepat faham matematik SPM. Insya'Allah akan saya usahakan.
Sekarang, tumpuan saya lebih kepada berkongsi cerita dan pengalaman seharian dalam menjalankan tugasan sebagai cikgu tuisyen ini. Saya kalau boleh sungguh berkenan kalau sekiranya ibu itu sendiri yang mampu mengajar anaknya sendiri. Pelik bunyinya kan? Kalau ibu sendiri boleh mengajar, bagaimana saya nak cari duit? Nak jana pendapatan sebagai cikgu tuisyen? Oh harus diingat, rezeki Allah sangatlah luas. Cuma perlu yakin dan berusaha sahaja.
Sekiranya ada sahabat yang punyai idea bernas bagaimana untuk menjalankan tuisyen secara atas talian, bolehlah cadangkan ya. Tak salah berkongsi pengetahuan. Sekian. Wassalam.
No comments:
Post a Comment