Monday, 2 November 2015

HOME SCHOOLING & SPECIAL TUTOR

TEKS: Faizah Yusoff

Assalamualaikum November. Cepat sungguh masa berlalu. Kemudian datang pula Disember dan seterusnya masuk ke tahun baru. Saya anak Disember. Sebab itulah saya lebih suka duduk di rumah mungkin? Sebab kata emak Disember musim hujan. Orang tak kerja. Duk rumah saja. Saya dilahirkan pada musim bah. Emah suka menyakat, sebab itulah tak boleh tinggal jauh dengan mak ayah. Anak musim bah.

Memandangkan kelas agak lengang hujung tahun begini. Sebenarnya bukan lengang sangat tapi sebab saya mengajar subjek matematik dan sains SPM dan subjek tersebut bakal diduduki lama lagi, saya bolehlah bercuti sementara mereka menumpukan pada kertas peperiksaan bm, bi dan sejarah dahulu. Lepas itu barulah tumpukan pada kertas matematik pula. Masa itu cuti saya pun berakhir lah sehingga mereka menduduki kertas matematik pula.
Tambahan pula, pelajar tuisyen yang sekolah rendah semuanya sudah habis peperiksaan akhir tahun. Jadi saya ke kelas hanya mengajar sekadar menambah kefahaman mereka, tidaklah menekan untuk peperiksaan. 

Saya ada seorang pelajar yang memang belajar dari rumah sahaja. Dia seorang pelajar SPM dan bermula tahun lepas lagi dia hanya belajar dari rumah. Mungkin bahasa sekarang ialah  'home-schooling'. Saya pernah terfikir untuk terlibat dalam 'home-schooling' ini tapi memikirkan tiada latar belakang pendidikan dan modal pun perlu difikirkan juga, saya hanya memendam hasrat sahaja.
Mungkin kalau ada sahabat hometutor lain nak buat bolehlah saya turun padang ya. Saya punya banyak idea tentang 'home-schooling' ini. Alhamdulillah, idea tak pernah putus untuk memudah dan mempelbagai teknik mengajar.


Sebenarnya idea 'home-schooling' ini memang agak menarik. Ia seakan belajar yang berkonsepkan suasana rumah. Macam tadika, cikgu tadika akan menampal gambar-gambar menarik untuk menarik minat si kecil dan menambah rasa selesa untuk belajar kerana seakan belajar itru sangat lah menarik. Tapi bila sudah naik ke darjah 4, 5, 6 perhiasan kelas untuk menambah keseronokan belajar semakin berkurang. Saya pun tak pasti dek kerana kekangan masa pada zaman sekarang atau apa sebabnya. Yang pasti, bila ke sekolah sekarang, terasa macam terus nak balik rumah. Suasana sekolah seakan beku. Bagaimanalah pelajar mahu merasakan seronoknya belajar ya. 
Kalau home schooling sekolah menengah pula bagaimana? Saya sendiri sukar membayangkan pelajar sekolah menegah dengan suasana belajar di rumah semacam mana. Ya lah kita di Malaysia memang terbiasa dengan suasana belajar di sekolah.

Oh ya, sebenarnya pelajar saya tadi mempunyai masalah kesihatan. Itulah yang menghalang dia ke sekolah seperti orang lain. Akhirnya mamanya terpaksa membuat keputusan supaya si anak belajar sahaja di rumah dengan bimbingan tutor. Saya mengajar subjek matematik dan sains sahaja. Subjek lain rakan lain yang mengajar. 

Baiklah saya sebenarnya nak cerita tentang konsep 'home-schooling'. Konsep ini sungguh menarik sebenarnya tapi pada saya secara peribadinya bukan semua pelajar boleh dididik dengan konsep ini. Teknikalnya ada pelajar lebih fokus bila bersama kawan-kawan. Ada pula pelajar hanya fokus bila belajar seorang. Ada pelajar lebih gemarkan aktiviti luar ada pelajar pula lebih suka pasif dan melihat sahaja aktiviti luar.

Di Malaysia masih kurang sebenarnya pendedahan tentang belajar di rumah ini tapi saya yakin satu hari nanti cabang belajar di rumah akan menjadi seakan satu 'kursus di universiti'. Bolehlah wujudnya 'special tutor' pula kan. Selama ni selalu kita jumpa 'special agent' saja. *Pengaruh suka tengok CSI.

Setakat ini di Malaysia hanya wujud 'private-school' sahaja tapi mungkin selepas ini wujud pula 'home-school'. Semoga perkongsian ini boleh membuka minda kita sebagai tenaga pengajar mahupun ibu bapa tentang pelbagai suasana pembelajaran yang wujud di dunia. Semoga bermanfaat.


No comments:

Post a Comment

Gambar- Gambar Kelas 2024

  kelas di pusat tuisyen. open air class (kat kampung). Antara gambar yang sy simpan.Latest picture in 2024. Kisah bermula semasa PKP 2021, ...