FOTO : Faizah Yusoff
"Aku tak pandai sekolah macam kau, aku dapat 1A je UPSR, tak hebat macam kau, dapat 5A"
Mrs. azwan. Ibu of two "anak syurga". Love work from home. Tutor. Ajar MT (year 1-SPM) dan BI (year1-6). Cikgu Ijah (0148337400)
TEKS : Faizah Yusoff
Bagaimana mahu bantu orang lain dengan tuisyen? Sebelum ini saya juga seperti orang lain, fikir apa yang ada di depan mata saja. Pendek kata, saya nampak rezeki tu ialah dapat duit semata. Cetek sungguh rasanya minda bila ingat balik. Padahal nikmat kesihatan nikmat makan minum jua adalah termasuk dalam rezeki.
Kalau ada entri sebelum ini saya bercerita tentang pusat tuisyen, entri kali ini pula saya ingin berkongsi tentang bermula sebagai sebuah syarikat 'hometuition' pula.
Baiklah sebenarnya berdaftar sebagai sebuah pusat tuisyen lebih rumit berbanding menjalankan khidmat hometuition. Tetapi kedua-duanya tetap memerlukan komitmen yang berterusan ya.
Saya pernah terfikir sampai bila saya akan terus mengajar begini? 10 tahun lagi kah atau hanya 5 tahun lagi? Maka perancangan seterusnya ialah dengan mengupah tutor baru dengan melatih mereka bagaimana berdepan dengan pelajar disamping membantu orang lain bekerja secara separuh masa bagi menjana pendapatan pasif.
Pertama sekali, bentukkan diri sendiri sebagai seorang pengurus yang sebenarnya layak. Bagaimana?
1. Mudah mesra dengan orang yang baru dikenali.
2. Mudah bergerak ( mempunyai kenderaan).
3. Mempunyai akses internet sebagai jaringan promosi.
4. Tegas tetapi sopan dan meyakinkan.
5. Fleksibel dan memang serius dalam bidang ini.
6. Seeloknya boleh mengajar sekali bukan bertindak sebagai pengurus semata- mata.
Paling penting, kita harus sedar tentang konsep `part-time' . Orang bekerja separuh masa untuk menambah wang poket mereka. Maka kalau mahu legasi tuisyen anda berterusan, sudut kewangan adalah paling utama. Sebagai pihak pengurusan, uruskan aliran tunai anda sebaiknya. Seeloknya minta bayaran sebelum sesi bermula supaya tutor tahu komitmen yang harus mereka beri.
Selain itu, sekiranya anda mampu mengajar dengan hebat, lahirkan juga tutor hebat. Pendek kata, kalau mahu kaya, perlulah kayakan orang lain. Seorang sahabat pernah berkata kepada saya, tak mengapa sekarang kita dipandang sebelah mata, asalkan kita tahu hala tuju kita.
Jangan abaikan setiap klien yang anda peroleh kerana ia adalah salah satu promosi berterusan. Kalau anda pernah terlintas untuk menjadi pengurus hometuition, promosi perlu dilakukan setiap hari. Pastikan ada perkongsian dari anda setiap hari. Semoga kita semua mampu menjadi orang hebat. Semoga entri kali ini mampu membuka idea baru kepada sahabat yang sedang mencari idea berkenaan hometuition. Semoga bermanfaat.
kelas di pusat tuisyen. open air class (kat kampung). Antara gambar yang sy simpan.Latest picture in 2024. Kisah bermula semasa PKP 2021, ...